Tuesday 31 July 2012

Apa Itu Stres???

Taraaaaaaaaaa.....
Hehe....

Aghh... mengantuk.....












Panda yang kiut....  ----------------->
       









Saya sedang mengantuk....
TAPI...
Sebelum itu saya nak kongsi sedikit ilmu tentang stres...
Kawan-kawan tau apa itu stres???





Hmmm....
STRES ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

     

STRES
  • Stres berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, urbanisasi & kejutan budaya.
  • Dikaitkan dengan kesihatan mental.

“ kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan & kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat. “
( sumber : Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000 )



Menurut --------> Hatta Sidi & Mohamed Hatta Shaharom (2002

 “Stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi. Stres bukan sesuatu yang asing, tetapi dialami semua manusia dalam keadaan tidak menyeronokkan”.



“ stres daripada sudut bahasa membawa maksud tekanan di mana tekanan adalah fitrah kehidupan"
 ( Harunssani, 2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006 )



  • Stres berasal daripada perkataan eustres membawa maksud menyesuaikan diri @ stres yang membina.
  • Juga berasal daripada perkataan distress iaitu tidak dapat menyesuaikan diri.
  • Stres mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan dengan pertambahan kadar penyakit.
  • Stres bukan hanya disebabkan oleh suatu keperluan tetapi juga kehendak lain dalam kehidupan.

Stres adalah tindak balas daripada fizikal & mental yang menyebabkan :-
  1. Tekanan perasaan
  2. Beban dan konflik
  3. Ketegangan
  4. Panik
  5. Gemuruh
  6. Hilang daya 

PUNCA-PUNCA STRES



“ Profesion perguruan adalah bidang yang berhadapan dengan stres yang tinggi.”
                        ( Cooper 1995, Hart et al., 1995 dalam Mokhtar 1998 )



ISU STRES DALAM KALANGAN GURU :-

  1. Berita Harian 23 Julai 2007 – Dakwaan 22 murid tahun 4 SK Ganyang Tuaran ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
  2. 200 orang murid perempuan SMK Bawang Assan Sibu dipaksa berendam dalam air kotor selama sejam kerana kesalahan seorang murid membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas.
  3. 7 April 2007, Sik Kedah – Seorang bapa mendakwa anaknya murid tahun 6 SK Lubuk Merbau ditendang guru agama kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang jatuh.
  4. 6 Mac 2007, Banting – Murid baru mendaftar selama 2 jam berhadapan kemungkinan buta apabila terkena pembaris kayu yang dilontar guru dlm sebuah kelas sains di sebuah Pulau Carey.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Cuba KLIK---->                                                                                                                           http://beritasemasa.com/pelajar-mati-dipukul

No comments:

Post a Comment