Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang
menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah
biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja,
keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian
utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi,
sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja,
kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang
tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan
harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan
jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons
ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan
berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila
anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful),
sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental,
dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan
yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan
hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu
memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan
anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu
sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk
mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang
boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap
tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara
isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak
mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan;
rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan
komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada;
perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu
keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan
tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita
terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan
tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu
melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda
bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman
pahit atau satu cabarang yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya.
Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri,
anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda
akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan,
anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta
merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada
satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat
beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang
dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan
cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang
membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik
nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan
nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa
menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan
kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan
tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana-
mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita
hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda
menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan.
Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa.
Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas
minit untuk bertafakur.
3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda
mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa
tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani
situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja
yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi
sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda
melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan
anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda
memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu
anda.
5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka,
tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan
ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa
tenang dengan cepat dan mudah.
6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang
mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh
mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda
anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya
setiap hari.
7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu
jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa
melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan
sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang
memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja
yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai
aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer
sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada
pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak
jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak
ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah,
menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah
kita).
Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006
Senyum Selalu.... |
No comments:
Post a Comment